BERDIKARI, BERSOSIAL & BERAKHLAK

Tuesday, 23 August 2011

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Jabatan Pendidikan Khas telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 merupakan salah satu jabatan dalam struktur Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan,masalah pendengaran, masalah pembelajaran, bermasalah 3M dan pembangunan pendidikan murid asli dan penan.
Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang  sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.
Pendidikan yang diberi kepada murid berkeperluan khas menekankan kepada keperluan individu dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan  dan hidup berdikari dalam masyarakat.
Program pendidikan Khas, dibawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Khas dilaksanakan melalui tiga sistem:
*      Sekolah Pendidikan Khas menempatkan murid bermasalah penglihatan , pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
*      Program pendidikan Khas Integrasi yang diwujudkan disekolah harian biasa rendah dan menengah.
*      Program Inklusif menempatkan murid berkeperluan khas belajar didalam kelas yang sama dengan murid biasa.

No comments:

Post a Comment